Kelab Pejabat Bendahari

Kelab Pejabat Bendahari

Tuesday 12 June 2018

MENYANTUNI ASNAF 3.0 1439H



























Assalammualaikum, sebelum Ramadan berlalu pergi meninggalkan kita disini KEJARI ingin kongsikan program yang mulia di bulan Ramadan 1439H iaitu Menyantuni Asnaf 3.0. AJK KEJARI telah mencari keluarga atau individu yang layak untuk dibantu bagi menyambut Bulan Syawal. Terdapat 4 biji rumah yang telah dipilih. Pada 9hb Jun 2018 AJK KEJARI dan Sukarelawan Kejarians telah mengagihkan sumbangan pada 4 buah rumah yang telah dipilih pada tahun ini. Rumah pertama di Taman Garuda, Gangsa, rumah kedua di Kampung Tehel Tengah, rumah ketiga di Kampung Tehel dan yang terakhir di Balik Bukit,Bukit Lintang. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Semoga kita membantu orang yang dalam kesusahan atau kesempitan tidak perlu mengira waktu atau masa dan bukan pada Bulan Ramadan sahaja untuk kita buat kebaikan semoga usaha ini diteruskan. "tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima" "tidak akan berkurang harta kita kalau kita memberi" itu saja dari kami Kelab Pejabat Bendahari UTeM. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.


Back to top ↑
Jaringan Media Sosial

© 2013 Kejari . WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9 Created by K@ch4
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9.0, Mozilla Firefox versi 17.0, Google Chrome 23.0 ke atas dengan resolusi 1024 X 768