Tuesday, 12 June 2018
MENYANTUNI ASNAF 3.0 1439H
Assalammualaikum, sebelum Ramadan berlalu pergi meninggalkan kita disini KEJARI ingin kongsikan program yang mulia di bulan Ramadan 1439H iaitu Menyantuni Asnaf 3.0. AJK KEJARI telah mencari keluarga atau individu yang layak untuk dibantu bagi menyambut Bulan Syawal. Terdapat 4 biji rumah yang telah dipilih. Pada 9hb Jun 2018 AJK KEJARI dan Sukarelawan Kejarians telah mengagihkan sumbangan pada 4 buah rumah yang telah dipilih pada tahun ini. Rumah pertama di Taman Garuda, Gangsa, rumah kedua di Kampung Tehel Tengah, rumah ketiga di Kampung Tehel dan yang terakhir di Balik Bukit,Bukit Lintang. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Semoga kita membantu orang yang dalam kesusahan atau kesempitan tidak perlu mengira waktu atau masa dan bukan pada Bulan Ramadan sahaja untuk kita buat kebaikan semoga usaha ini diteruskan. "tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima" "tidak akan berkurang harta kita kalau kita memberi" itu saja dari kami Kelab Pejabat Bendahari UTeM. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Subscribe to:
Posts (Atom)