Assalamualaikum Wbt.
Tuan/puan.
Adalah dimaklumkan bahawa Kelab Pejabat Bendahari (KEJARI) akan
mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan KEJARI bagi sesi 2014/2015 pada tarikh yang
akan dimaklumkan kelak.
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Kelab Pejabat Bendahari
(KEJARI) sedang berusaha untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan perkhidmatan
kepada semua ahli KEJARI. Bagi mencapai tujuan tersebut dimohon kerjasama
tuan/puan untuk memberikan maklumbalas/syor/komen serta mengisi ruangan
usul/cadangan untuk dibawa ke Mesyuarat Agung KEJARI sesi 2014/2015 dengan
melengkapkan borang soal selidik secara online (e-SURVEY) seperti link di bawah
:-
Link : Soal
Selidik Kejari
Seperkara berkaitan, pemilihan calon bagi Jawatankuasa
KEJARI bagi sesi 2016/2018 akan dijalankan melalui sistem E-VOTE. Nama yang
dicalonkan melalui e-vote layak dipilih sebagai Jawatankuasa KEJARI 2016-2018
walaupun individu tersebut tidak hadir ke Mesyuarat Agung tersebut.
Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput untuk memilih calon secara online
mengunakan sistem E-VOTE seperti dibawah :-
Link : KEJARI E-Vote
Untuk makluman tuan/puan, Sesi Pemilihan Calon bagi Jawatankuasa
KEJARI hendaklah dibuat
sebelum atau pada 29 April 2016. Kerjasama dan
sokongan dari tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.
Sekian, wassalam
“UKHWAH SEPANJANG
HAYAT”
B.p. Pengerusi KEJARI
No comments:
Post a Comment