Kelab Pejabat Bendahari

Kelab Pejabat Bendahari

Friday 22 July 2016

Saturday 11 June 2016

PROGRAM INDAHNYA RAMADAN 1437H BERSAMA KEJARIANS


Assalammualaikum kejarians, sempena bulan yang mulia ini KEJARI telah merancang berberapa program untuk kita sama-sama beramal di bulan yang mulia ini. Terima kasih dan Selamat Berpuasa

Monday 25 April 2016

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit



E-Survey & E-Vote Kejari 2016


Assalamualaikum Wbt.

Tuan/puan.

Adalah dimaklumkan bahawa Kelab Pejabat Bendahari (KEJARI) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan KEJARI bagi sesi 2014/2015 pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Kelab Pejabat Bendahari (KEJARI) sedang berusaha untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan perkhidmatan kepada semua ahli KEJARI. Bagi mencapai tujuan tersebut dimohon kerjasama tuan/puan untuk memberikan maklumbalas/syor/komen serta mengisi ruangan usul/cadangan untuk dibawa ke Mesyuarat Agung KEJARI sesi 2014/2015 dengan melengkapkan borang soal selidik secara online (e-SURVEY) seperti link di bawah :-


Seperkara berkaitan,  pemilihan calon bagi Jawatankuasa KEJARI bagi sesi 2016/2018 akan dijalankan melalui sistem E-VOTE. Nama yang dicalonkan melalui e-vote layak dipilih sebagai Jawatankuasa KEJARI 2016-2018 walaupun individu tersebut tidak hadir ke Mesyuarat Agung tersebut.  Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput untuk memilih calon secara online mengunakan sistem E-VOTE seperti dibawah :-

                                                         Link : KEJARI E-Vote

Untuk makluman tuan/puan, Sesi Pemilihan Calon bagi Jawatankuasa KEJARI hendaklah dibuat sebelum atau pada 29 April 2016. Kerjasama dan sokongan dari tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, wassalam

“UKHWAH SEPANJANG HAYAT”


B.p. Pengerusi KEJARI


Back to top ↑
Jaringan Media Sosial

© 2013 Kejari . WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9 Created by K@ch4
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9.0, Mozilla Firefox versi 17.0, Google Chrome 23.0 ke atas dengan resolusi 1024 X 768