Kelab Pejabat Bendahari

Kelab Pejabat Bendahari

Tuesday, 12 June 2018

MENYANTUNI ASNAF 3.0 1439H



























Assalammualaikum, sebelum Ramadan berlalu pergi meninggalkan kita disini KEJARI ingin kongsikan program yang mulia di bulan Ramadan 1439H iaitu Menyantuni Asnaf 3.0. AJK KEJARI telah mencari keluarga atau individu yang layak untuk dibantu bagi menyambut Bulan Syawal. Terdapat 4 biji rumah yang telah dipilih. Pada 9hb Jun 2018 AJK KEJARI dan Sukarelawan Kejarians telah mengagihkan sumbangan pada 4 buah rumah yang telah dipilih pada tahun ini. Rumah pertama di Taman Garuda, Gangsa, rumah kedua di Kampung Tehel Tengah, rumah ketiga di Kampung Tehel dan yang terakhir di Balik Bukit,Bukit Lintang. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Semoga kita membantu orang yang dalam kesusahan atau kesempitan tidak perlu mengira waktu atau masa dan bukan pada Bulan Ramadan sahaja untuk kita buat kebaikan semoga usaha ini diteruskan. "tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima" "tidak akan berkurang harta kita kalau kita memberi" itu saja dari kami Kelab Pejabat Bendahari UTeM. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.


Friday, 2 March 2018

PERTANDINGAN TENPIN BOWLING INTERZONE ANJURAN KEJARI 2018

Pada 23 Februari 2018, Kelab Pejabat Bendahari (KEJARI) telah mengadakan pertandingan Tenpin Bowling di MIBC Melaka perlawanan antara gabungan Zon iaitu Zon satu (1) bergabungan dengan Zon Bandar melawan Zon Dua (2) bergabung dengan Zon Teknologi. Terima kasih untuk semua Kejarians yang hadir bagi memeriahkan suasana pertandingan tersebut. Tahniah juga buat Zon Dua (2) + Zon Teknologi menjadi JOHAN dalam pertandingan Tenpin Bowling anjuran KEJARI.Tahniah diucapkan kepada Encik Nurul Faezal - Jatuhan Pin Terbanyak Individu Lelaki dan Puan Fatilah - Jatuhan Pin Terbanyak Individu Wanita. Tidak lupa juga diucapkantahniah kepada Kumpulan Biso Bonar [Encik Rasdhan, Puan Noraini, Encik Hazwan & Puan Fatilah] - Jatuhan Pin Terbanyak Kumpulan. Tahniah kepada semua!!!














Monday, 19 February 2018

BOLA TAMPAR INTERZON PEJABAT BENDAHARI

Pada 6 Februari 2018, Kelab Pejabat Bendahari (KEJARI) telah mengadakan pertandingan Bola Tampar Antara gabungan Zon iaitu Zon satu (1) bergabungan dengan Zon Bandar melawan Zon Dua (2) bergabung dengan Zon Teknologi. Terima kasih untuk semua Kejarians yang hadir bagi memeriahkan suasana pertandingan tersebut. Tahniah juga buat Zon Satu (1) + Zon Bandar menjadi JOHAN dalam pertandingan Bola Tampar anjuran KEJARI.









Friday, 22 July 2016

Back to top ↑
Jaringan Media Sosial

© 2013 Kejari . WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9 Created by K@ch4
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9.0, Mozilla Firefox versi 17.0, Google Chrome 23.0 ke atas dengan resolusi 1024 X 768